Sila log masuk terlebih dahulu.

Pembantu farmasi didakwa bunuh adik OKU

29 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 29 NOVEMBER 2023

Seorang pembantu farmasi didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani Kedah atas kesalahan membunuh adik kandung yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Tertuduh, Nur Syuhaidah Mohd Sani, 36 tahun merupakan anak kedua dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian Nur Fatin Mohd Sani, 29, yang merupakan anak ketiga dari lima beradik.

Perbuatan itu dilakukan antara 6 November jam 5.30 petang sehingga 20 November jam 11.30 pagi di sebuah rumah Residensi PR1MA Bandar Puteri Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN:

1) https://www.sinarharian.com.my/article/637075/berita/semasa/pembantu-farmasi-didakwa-bunuh-adik-oku

2) https://www.sinarharian.com.my/article/635782/berita/semasa/wanita-oku-ditemukan-maut-dalam-bilik-sewa

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #OKU #OrangKurangUpaya