YaPEIM sumbang RM350,000 ke Palestin

Wakil YaPEIM menyerahkan sumbangan untuk rakyat Palestin kepada Mohd Na’im (dua dari kiri) pada Selasa.
Wakil YaPEIM menyerahkan sumbangan untuk rakyat Palestin kepada Mohd Na’im (dua dari kiri) pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyalurkan bantuan sumbangan berjumlah RM350,000 dalam usaha untuk membantu rakyat di Palestin.

Bantuan yang disalur menerusi Tabung Palestin Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) itu serahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada Selasa.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

Menurut Mohd Radzif, sumbangan itu terdiri RM300,000 daripada Tabung Amanah YaPEIM, manakala RM50,000 pula daripada kutipan dalam kalangan kakitangan YaPEIM, Kelab Sukan YaPEIM (KeSSKY) dan cawangan-cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara.

"Saya mengharapkan sumbangan ini menjadi satu platform dan kaedah yang terbaik dalam usaha menyantuni masyarakat yang memerlukan terutamanya saudara kita yang berada di Palestin," katanya.

YaPEIM ialah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama yang ditubuhkan pada 13 Oktober 1976 dan dilancarkan semula pada 1984.

YaPEIM berperanan dalam membangun sosioekonomi ummah melalui aktiviti teras perniagaan sosial, perniagaan serta pembangunan sosioekonomi dan amal jariah.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!