[VIDEO] Runtuhan gudang: Kerja menyelamat diteruskan, 4 mangsa tertimbus belum ditemui

A
A
A

BAYAN LEPAS - Operasi menyelamat empat lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang berhampiran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung dekat sini masih diteruskan.

Ketika ini, pihak bomba menggunakan kren bagi mengangkat bongkah rasuk yang runtuh untuk mencari mangsa yang terperangkap.

Anggota bomba sedang giat menjalankan kerja menyelamat bagi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan rasuk pada Rabu.
Anggota bomba sedang giat menjalankan kerja menyelamat bagi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan rasuk pada Rabu.

Awal pagi Rabu, polis mengesahkan tiga buruh binaan maut, dua cedera parah manakala empat lagi masih hilang dalam kejadian runtuhan terbabit dan kesemua mangsa merupakan warga negara Bangladesh.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, sebelum kejadian, 18 pekerja sedang bekerja namun sembilan daripada mereka keluar untuk bersolat.

Menurutnya, kejadian melibatkan kawasan pembinaan gudang sebuah syarikat swasta.

Artikel Berkaitan: