'Seburuk mana pasukan dihina, saya tetap berdiri teguh' - CEO Kelantan FC

Pemain Kelantan FC, Muhammad Ghaffar Abdul Rahman mengasak pemain Kedah Darul Aman FC Amirbek Juraboev dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi. - Foto Bernama
Pemain Kelantan FC, Muhammad Ghaffar Abdul Rahman mengasak pemain Kedah Darul Aman FC Amirbek Juraboev dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid berdiri teguh mempertahankan pasukan Pantai Timur itu yang terus menjadi mangsa belasahan dalam saingan Liga Super.

Menurut Ahmad Muzakkir, dia akan berusaha memperbaiki pasukan sekali gus kembali bangkit pada saingan Liga Malaysia.

"Seburuk mana pasukan dihina, saya tetap berdiri teguh selagi saya CEO.

"Semampu mana saya berusaha, saya ingin buat balik penaja-penaja seperti mana saya berjaya buat ketika saya bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dahulu sehingga diswastakan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Aksi Pemain Kedah Darul Aman FC, Amirbek Juraboev ketika mengasak kubu pertahanan pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi. - Foto Bernama
Aksi Pemain Kedah Darul Aman FC, Amirbek Juraboev ketika mengasak kubu pertahanan pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi. - Foto Bernama

Kelantan FC terus dirundung malang apabila sekali lagi menjadi mangsa belasahan Kedah Darul Aman 1-6 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Ahad.

Sebelum ini, pasukan juara dua kali Liga Super pada 2011 dan 2012 itu dibelasah beberapa kali dengan kekalahan besar dicatatkan ketika tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 0-10 dan kepada Selangor FC 2-11.

Ia sekali gus menyaksikan Kelantan memecahkan rekod bolos paling banyak dengan 108 gol sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004.

Artikel Berkaitan:

Skuad kendalian Alfredo Vera itu masih mempunyai baki dua perlawanan dalam aksi Liga Super musim ini menentang PDRM FC pada 10 Disember sebelum berdepan Kelantan FC enam hari kemudian.