Sila log masuk terlebih dahulu.

Johor serah kertas kerja LRT kepada Pusat - Exco

26 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 26 NOVEMBER 2023

Kerajaan Johor akan mengadakan mesyuarat Khas LRT Johor Khamis ini bagi memperincikan pembinaan transit aliran ringan (LRT) di bandaraya Johor Bahru, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, selepas mesyuarat tersebut, kertas cadangan akan diserahkan kepada kerajaan Persekutuan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Jelasnya, mengikut kajian awal yang dibuat, Johor Bahru memerlukan tiga jajaran LRT melibatkan laluan Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri dengan jarak sejauh kira-kira 30 kilometer.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.Bensound.com