'Syukur, alhamdulillah rezeki saya menang tahun ini'

Qabil Irfan Azlan selepas mengungguli perlumbaan ketika di Litar Kart Ricardo Tarmo, Valencia, Sepanyol pada Khamis.
Qabil Irfan Azlan selepas mengungguli perlumbaan ketika di Litar Kart Ricardo Tarmo, Valencia, Sepanyol pada Khamis.
A
A
A

"SYUKUR, alhamdulillah rezeki saya menang tahun ini...

Itu reaksi pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan selepas lagu Negaraku berkumandang di Litar Kart Ricardo Tarmo, Valencia, Sepanyol pada Khamis.

Qabil Irfan sebelum itu mencipta sensasi apabila merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol pada Khamis.

Qabil Irfan
Qabil Irfan

"Minggu ini agak mencabar buat saya bermula sesi latihan sehingga ke perlumbaan sebenar, syukur alhamdulillah saya dapat menjuarai perlumbaan di Sepanyol.

"Terima kasih kepada krew ZK Racing Team yang siapkan moto saya, mak ayah yang selalu sokong saya. Terima kasih juga kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MAM (Persatuan Sukan Bermotor Malaysia), SIC (Litar Antarabangsa Sepang)," komen pelumba cilik itu selepas mendominasi perlumbaan pertama, kedua dan Super Final pada Khamis.

Pelumba cilik berusia 11 tahun berasal dari Kuala Terengganu tersebut sebelum itu mengungguli saingan kategori 160cc

apabila menaiki podium buat kali ketiga berturut-turut bagi kategori sama.

Artikel Berkaitan: