Dewan Ulamak Pas gesa batalkan 'Miss World Noble Queen International' di KL

Kenyataan media DUPP di Facebook pada Khamis.
Kenyataan media DUPP di Facebook pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menggesa kerajaan membatalkan penganjuran pertandingan ratu cantik 'Miss World Noble Queen International 2023' yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 12 Disember ini.

Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahya berkata, penganjuran program tersebut yang turut melibatkan Tourism Malaysia tidak patut dibenarkan untuk dilaksanakan di negara ini.

Menurutnya, ia bukan sahaja memberikan imej buruk kepada Malaysia, malah dianggap sangat tidak bertepatan dengan situasi semasa dan kesengsaraan yang menimpa saudara seagama di Palestin.

“Oleh yang demikian, kami sekali lagi mendesak kerajaan supaya segera membatalkan program ratu cantik ini selain mengeluarkan satu pekeliling.

Ahmad.
Ahmad.

“Ia bagi memastikan tiada lagi program sebegini boleh dibenarkan untuk diadakan dalam negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Khamis.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu memaklumkan, pihaknya turut sependapat dengan beberapa mufti yang memberikan pandangan mengenai sebarang program hiburan melalaikan tidak patut dibenarkan, termasuklah penganjuran konsert grup terkenal dunia, Coldplay.

“Apakah kita masih lagi tidak mahu mengambil pengajaran terhadap bala bencana yang pernah menimpa negara sebagai teguran daripada ALLAH SWT?,” soalnya.

Artikel Berkaitan: