Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring Comex

Harga emas fizikal berada pada AS$1,997.55 setiap auns troy semasa penetapan pada 22 November. - Foto hiasan
Harga emas fizikal berada pada AS$1,997.55 setiap auns troy semasa penetapan pada 22 November. - Foto hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini sejajar dengan prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex) yang lebih kukuh.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 meningkat kepada A$2,003.10 setiap auns troy daripada AS$1,988.9 setiap auns troy semalam, Disember 2023 menokok kepada AS$2,013.20 setiap auns troy daripada AS$1,999.0 dan Januari 2024 bertambah kepada AS$2,022.90 setiap auns troy daripada AS$2,008.7.

Kontrak untuk Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada AS$2,031.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan jatuh kepada 93 lot daripada 113 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menurun kepada 221 kontrak daripada 237 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,997.55 setiap auns troy, seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association semasa penetapan pada 22 November. - Bernama

Artikel Berkaitan: