Sila log masuk terlebih dahulu.

Guru didakwa amang seksual murid perempuan Tahun Empat 

23 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 23 NOVEMBER 2023

Seorang guru muzik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid perempuan Tahun Empat, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Tertuduh, Mohamad Nazmi Mohamed Nazri, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Lelaki itu didakwa telah melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun enam bulan di bilik muzik sebuah sekolah sekitar jam 9.45 pagi dan 10.30 pagi pada Jun dan Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah manakala tertuduh diwakili peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/636047/berita/semasa/guru-didakwa-amang-seksual-murid-perempuan-tahun-empat

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini