Sila log masuk terlebih dahulu.

Disangka buaya rupanya ikan tapah 'gergasi' 

22 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 22 NOVEMBER 2023

Penduduk Kampung Kuala Belara, Manir di Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menjinakkan seekor ikan tapah 'gergasi' seberat 75 kilogram yang ditangkap di Sungai Nerus, di Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Ikan tersebut ditemui empat penduduk iaitu Ahmad Zalil Awang, 57; Abdullah Mat Ali, 56; Ariffin Ibrahim, 50 dan Che Wan Izan Che Wan Othman, 40 ketika ia terkena pukat yang ditahan di sungai berkenaan sekitar jam 7 pagi.

Selain tapah gergasi, lima ekor lagi ikan yang sama mengena pukat lain yang ditahan dengan setiap seekor seberat antara 11 hingga 29 kilogram.

Ikan-ikan itu dijual dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3,800 termasuk tapah gergasi bernilai RM1,800.

Artikel berkaitan:

1) https://www.sinarharian.com.my/article/635824/edisi/terengganu/kemunculan-ikan-tapah-lebih-70kg-petanda-bah-besar

2) https://www.sinarharian.com.my/article/635884/edisi/terengganu/rezeki-tapah-gergasi-bernilai-rm1800

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini