Sila log masuk terlebih dahulu.

Tandas pasar awam umpama tandas hotel

22 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 22 NOVEMBER 2023

Bagaikan tandas hotel lima bintang. Itu gambaran tandas Pasar Awam Taman Universiti, Skudai yang dihiasi dengan bunga, gambar menarik dan lampu hiasan, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Azmi Mohd Yusof yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga tandas itu sejak lebih empat lalu berkata, pada mulanya tandas berkenaan tidak mempunyai sebarang hiasan dan kelihatan biasa sahaja.

Dia yang lebih mesra dipanggil Mamu memberitahu pengalaman berkhidmat selama 23 tahun di sebuah hotel di Pulau Pinang, digunakan untuk mengubah tandas berkenaan menjadi lebih baik.

Malah, menyerlahkan lagi kreativitinya, Mamu turut menghias tandas mengikut musim perayaan Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.

Dapatkan artikel menarik di https://www.sinarharian.com.my/terkini

Muzik: Smile daripada www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #TandasAwam #TandasHotel #Bersih