Harimau Malaya layak menang di Taiwan

Darren cemerlang ketika membantu Malaysia mengatasi Taiwan 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei pada Selasa. FOTO: FAM
Darren cemerlang ketika membantu Malaysia mengatasi Taiwan 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei pada Selasa. FOTO: FAM
A
A
A

SKUAD bola sepak kebangsaan layak menang ke atas Taiwan dalam perlawanan kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Taipei, pada Selasa.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, Taiwan berjaya memberikan tentangan sengit, namun pemain Harimau Malaya lebih bertekad untuk memenangi perlawanan itu.

“Kami benar-benar berdepan perlawanan yang sukar, kami sudah tahu betapa kukuh, berdisiplin, fizikal dan semangat juang pemain Taiwan tetapi saya fikir semangat kami sedikit lebih daripada mereka.

“Saya sangat bangga dengan semua pemain saya yang kami mengatasi halangan yang sangat sukar ini, kami kini satu langkah lebih dekat ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, saya sangat bangga dan menghargai semua pemain,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Perbandaran Taipei, pada Selasa.

Pan-gon juga membetulkan persepsi bahawa kehadiran Darren Lok dan Endrick Dos Santos pada babak kedua mengubah tempo permainan.

Sebaliknya Pan-gon menyatakan para pemainnya telah menunjukkan tekad sejak separuh masa pertama, namun tidak bernasib bernasib baik apabila gagal memimpin lebih awal dalam perlawanan.

“Kemenangan ini datang dari semua pemain bukan individu, saya fikir pasukan kami mempunyai semangat dan keinginan untuk pergi ke pusingan seterusnya,” kata jurulatih berusia 54 tahun itu.

Terdahulu gol minit ke-72, Darren yang dimasukkan sebagai pemain gantian memastikan Harimau Malaya mengutip tiga mata lagi apabila menewaskan Taiwan, 1-0 di Stadium Perbandaran Taipei.

Artikel Berkaitan: