England belum boleh dabik dada

Southgate - Foto EPA
Southgate - Foto EPA
A
A
A

ENGLAND tidak boleh berasa selesa dengan keputusan hambar ketika terikat 1-1 dengan Macedonia Utara sekiranya mahu merangkul gelaran dalam saingan Euro 2024 di Jerman yang berbaki 205 hari lagi.

Meskipun jurulatihnya, Gareth Southgate gembira dengan keputusan tersebut, namun masih banyak lagi perkara yang perlu dilihat.

England menamatkan kempen dengan memimpin Kumpulan C, enam mata di hadapan Itali dan sudah cukup untuk menempah slot ke Jerman tahun depan.

“Saya fikir selepas layak dan semuanya sudah dicapai, mentaliti pemain akan lebih cemerlang.

“Kualiti ketika mengawal bola di atas padang juga dilihat sukar, begitu juga dengan hantaran terakhir yang tidak dapat dilakukan dengan baik,” kata Southgate.

Dalam aksi itu, The Three Lions ketinggalan menerusi jaringan babak pertama Enis Bardhi, sebelum gol sendiri Jani Atanasov menyelamatkan England di Tose Proeski Arena.

Diikat 1-1 dengan Macedonia Utara bermakna England gagal menewaskan pasukan ranking serendah ke-66 dunia buat kali pertama sejak 2016, di mana sebelum ini mereka seri dengan Slovenia.

Pada aksi pertama Jun lalu, England membelasah Macedonia Utara 7-0 di Old Trafford.

Artikel Berkaitan: