Menang jadi arang, kalah jadi abu...

Laporan Sukan Sinar.
Laporan Sukan Sinar.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] KONFLIK berpanjangan antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias perlu diselesaikan segera sebelum kemelut tersebut mencemarkan reputasi sukan negara.

Malah, penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli percaya kemelut yang timbul antara kedua-dua entiti itu hanya dapat diselesaikan dengan perbincangan di meja rundingan.

Tambah Pekan, isu berkemungkinan timbul daripada masalah komunikasi atau rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak.

“Tambahan pula semua berpunca daripada penyebaran rakaman audio separuh-separuh perbincangan tertutup PJS bersama MEGA (Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia) dan MESF (Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia) sebelum ini.

“Sebenarnya saya juga ingin mempersoalkan niat sebenar mereka yang menyebarkan video ini. Saya harap isu ini jangan dibiarkan berpanjangan kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada sukan Malaysia.

“Malah, tiada siapa pun yang menang apabila perkara seperti ini berlaku. Organisasi sukan dan agensi kerajaan harus bekerjasama dan mesti saling menghormati. Mana-mana Persatuan Sukan Kebangsaan juga harus berkecuali dalam kemelut ini. Jangan sampai akibatnya jambatan terbakar atau dibakar.

“Jika terdapat kelemahan atau isu, maka pihak-pihak yang terlibat perlu duduk dan berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Kedua - dua pihak tidak boleh merasakan bahawa mereka lebih unggul atau hebat dan mempunyai sokongan yang lebih kuat daripada yang lain. Ini adalah fenomena tidak sihat yang perlu kita elakkan,” kata Pekan kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Artikel Berkaitan: