Tular kain rentang gesa tukar pengetua sekolah

Kain rentang yang tular menggesa KPM menukarkan seorang pengetua dan ketua pembantu tadbir di sebuah sekolah.
Kain rentang yang tular menggesa KPM menukarkan seorang pengetua dan ketua pembantu tadbir di sebuah sekolah.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kain rentang yang menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menukarkan seorang pengetua dan ketua pembantu tadbir di sebuah sekolah di bandar ini dengan segera.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan menerima laporan berkenaan dan kes itu sedang disiasat.

"Ya, pihak kami ada terima laporan berkaitan kes itu dan kes dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum ini tular di media sosial sejak Jumaat, satu kain rentang yang ditulis dengan nama dua individu yang mahu ditukarkan dengan mendakwa mereka banyak memberi tekanan kepada pelajar serta guru selain kantin berada di gred C.

Kain rentang yang tidak pasti lokasi pemasangannya itu turut ditulis dengan nama Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq (Sidek).

Sehingga petang ini, sebanyak 2571 komen netizen berkisar mengenai pelbagai situasi sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan: