Sila log masuk terlebih dahulu.

‘Keluarga siap sedia keadaan kesihatan Sufi’- Mohd Shafiq

18 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 18 NOVEMBER 2023

Ahli keluarga Sufi Syafrina Mohd Shafiq telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan, namun tetap optimis dan berharap bayi berusia sembilan bulan itu dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain, lapor wartawan Sinar Harian, Farhana Abd Khadir.

Bapanya, Mohd Shafiq Idrus, 38, berkata, sudah sembilan hari anak kecil itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tunku Azizah (HTA) kerana mengalami sesak nafas dan kini bergantung dengan mesin bantuan pernafasan.

Menurutnya, doktor masih berusaha sedaya upaya untuk membantu dan memberikan rawatan terbaik.

Setakat ini, keadaan bayi tersebut stabil, namun doktor akan melakukan imbasan x-ray bagi mengesan punca pernafasannya yang agak lemah.

Mengulas lanjut, Mohd Shafiq berkata, wang sumbangan yang diberikan oleh pihak Sinar Karangkraf telah digunakan untuk membeli ubat Ridisplam, namun jumlah itu masih belum cukup untuk membiayai kos perubatan anak itu.

Jelasnya, doktor menyarankan agar Sufi Syafrina mendapatkan ubat suntikan Spinraza sebagai alternatif bagi menyembuhkan penyakit tersebut.

Ujarnya, kos ubat berkenaan mencecah hampir RM2 juta dan kini mereka masih berusaha mencari dana termasuk permohonan bantuan daripada badan korporat.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Alan A Craig - Tragic News

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini