'Save Press 4 Gaza' suara solidariti Malaysia kepada pengamal media Palestin

Lebih 100 pengamal media dari seluruh negara berkumpul bagi membawa suara solidariti kepada pengamal media yang bertaruh nyawa dalam menyampaikan berita di Gaza, Palestin dalam perhimpunan Save Press 4 Gaza (SP4G) di Dataran Merdeka hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 100 pengamal media berkumpul di Dataran Merdeka di sini hari ini, bagi membawa suara solidariti kepada rakan media yang bertaruh nyawa menyampaikan berita di Gaza, Palestin.

Wakil perhimpunan Save Press 4 Gaza (SP4G), Sairien Nafis berkata, pengamal media Malaysia daripada 26 persatuan serta agensi hadir bagi menyokong penuh dan meniup semangat kepada pengamal media di sana untuk terus membuat liputan bagi menyebarkan kebenaran kepada dunia.

"Jadi, kami sebulat suara berdiri di sini untuk mengecam tindakan kejam rejim Zionis terhadap pengamal media di Gaza dan juga keluarga mereka, serta seluruh anak-anak kecil dan penduduk Palestin yang tidak berdosa,” katanya kepada pemberita.

Salah seorang peserta perhimpunan Save Press 4 Gaza (SP4G) membawa sepanduk di Dataran Merdeka hari ini. - Foto Bernama
Salah seorang peserta perhimpunan Save Press 4 Gaza (SP4G) membawa sepanduk di Dataran Merdeka hari ini. - Foto Bernama

Beliau berkata, pihaknya menggesa pengamal media di seluruh dunia untuk bangkit bersuara menentang keganasan rejim Zionis dan menunjukkan sokongan kepada media di Gaza agar perjuangan mereka menyampaikan berita tidak sia-sia.

"Kami juga menggesa agar media-media barat menyampaikan berita yang benar dan tepat tentang pembantaian rakyat Palestin oleh rejim Zionis Israel. Tugas kita ialah menyebarkan kebenaran bukan pembohongan dan propaganda,” katanya.

Tanda solidariti ketika berlangsungnya perhimpunan Save Press 4 Gaza (SP4G) di Dataran Merdeka hari ini. - Foto Bernama
Tanda solidariti ketika berlangsungnya perhimpunan Save Press 4 Gaza (SP4G) di Dataran Merdeka hari ini. - Foto Bernama

Dalam pada itu, Sairien berkata, pihaknya turut memuji rakyat di seluruh dunia yang bertindak menjadi "mata dan mulut" kepada media di Gaza dengan berkongsi hantaran menerusi media sosial dan turun bersolidariti bagi menggesa gencatan senjata serta mengheret orang-orang yang bertanggungjawab dalam serangan berdarah itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

"Semoga suara kami hari ini sampai kepada pengamal media di Gaza dan seluruh dunia, supaya kita dapat bersama-sama menentang kezaliman dan pembunuhan beramai-ramai di bumi Palestin,” katanya.

Setakat ini, lebih 40 pengamal media yang majoritinya wartawan Palestin terkorban akibat tindakan terkutuk rejim Zionis di Gaza sejak awal bulan lepas. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!