Sila log masuk terlebih dahulu.

Lebih 500 pembeli kecewa rumah impian lewat siap

17 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 17 NOVEMBER 2023

Lebih 500 pembeli rumah Taman Residensi Mesra Fasa 1 Gurun, Kedah kecewa apabila kediaman impian yang dibeli sejak 2019, masih gagal disiapkan pemaju, lapor Wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Malah keadaan itu turut memberi kesan emosi dan kewangan sehingga menjadi tekanan kerana terpaksa berjimat-cermat berikutan bayaran ansuran rumah telah dimulakan sejak setahun lalu selain perlu menyewa rumah lain memandangkan projek dijanjikan siap pada Mac lalu masih belum boleh diduduki.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati kerana tarikh jangkaan siap telah dilanjutkan September lalu juga masih belum menampakan tanda-tanda positif.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635022/edisi/utara/lebih-500-pembeli-kecewa-rumah-lewat-siap

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #Rumah #TamanResidensiMesraFasa1Gurun