Agus adakan sidang akhbar jam 8 malam ini

Surat edaran jemputan sidang media Agus yang dikeluarkan firma guaman Tetuan Faizal Rahman & Co pada petang Jumaat. Gambar kanan: Mohammad Agus Yusoff
Surat edaran jemputan sidang media Agus yang dikeluarkan firma guaman Tetuan Faizal Rahman & Co pada petang Jumaat. Gambar kanan: Mohammad Agus Yusoff
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dijangka mengadakan satu sidang akhbar pada jam 8 malam Jumaat.

Berdasarkan surat edaran jemputan media daripada firma guaman Tetuan Faizal Rahman & Co, sidang akhbar itu akan diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.

Peguam firma berkenaan, Faizal Rahman mengesahkan tentang jemputan sidang akhbar berkenaan yang dikeluarkan pihaknya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohammad Agus pada Khamis mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan tersebut.

Mohammad Agus dilantik ke jawatan berkenaan pada Februari lalu, namun beliau serta jabatan terbabit banyak menerima kritikan berikutan disifatkan kurang berkesan dalam memainkan peranannya menguar-uarkan maklumat berkaitan pelbagai manfaat dan insentif disediakan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.

Ekoran itu beberapa pihak terutama wakil rakyat pembangkang sebelum ini turut menggesa supaya J-KOM dibubarkan.

Artikel Berkaitan: