Sila log masuk terlebih dahulu.

26 PATI dipenjara tiga bulan

17 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 17 NOVEMBER 2023

Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan pada Jumaat menjatuhi hukuman tiga bulan penjara terhadap 26 pendatang tanpa izin (PATI) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba keluar dari negara ini secara haram, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Kesemua tertuduh yang merupakan 25 warga Indonesia dan seorang Rohingya iaitu tiga wanita dan 23 lelaki berusia 21 hingga 63 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama.

Berdasarkan pertuduhan, mereka sebagai warganegara asing telah didapati cuba keluar Malaysia melalui jalan yang bukan merupakan stau tempat keluar yang diwartakan seperti mana kehendak Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel berkaitan: hhttps://www.sinarharian.com.my/article/634969/berita/semasa/26-pati-cuba-keluar-dari-malaysia-dipenjara-tiga-bulan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #PATI #PendatangTanpaIzin #Indonesia #Rohingya