Sila log masuk terlebih dahulu.

Jangan sedih lihat keadaannya, pesan arwah Suhaimi

16 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 16 NOVEMBER 2023

Vokalis In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid menyifatkan pemergian Suhaimi sebagai kehilangan besar industri nasyid tanah air, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin.

Katanya, pada Jumaat lepas, dia bersama dua lagi anggota kumpulan In- Team iaitu Abdul Rahim dan Hazamin sempat melawat Mohd Suhaimi di rumah bapa mentuanya di Felcra Sungai Ara.

“Itu detik terakhir kami bertemu walaupun singkat dalam tempoh 10 minit, namun wajah Suhaimi kelihatan gembira dengan kedatangan kami. Kami memang sudah lama tidak berjumpa.

“Saya beritahu dia, saya sedih lihat keadaan dia. Dia cakap jangan nangis. Dia gembira lihat kami datang, dia minta maaf dengan kami zahir dan batin,” katanya dengan sebak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/634811/berita/hiburan/lagu-selamat-tinggal-dunia-beri-bayangan-suhaimi-pergi-di-usia-muda

Muzik: Elevate dari www.bensound.com