Sila log masuk terlebih dahulu.

Kelewatan penerbangan, ada perkara diluar jangkaan - Anthony Loke

16 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 16 NOVEMBER 2023

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata kelewatan penerbangan bukan semata-mata disebabkan masalah syarikat penerbangan sebaliknya beberapa faktor luar kawalan seperti cuaca juga antara sebab berlakunya masalah berkenaan.

Menurutnya, banyak perkara yang perlu ditambah baik dalam menangani isu ini seperti pengurusan lapangan terbang dan trafik udara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berhubung kelewatan penerbangan dan tindakan yang dilakukan kerajaan bagi menangani masalah tersebut.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen