Penembak tepat Israel bertindak zalim sasar pesakit

Penembak tepat Israel menyasarkan pesakit di hospital terbesar Gaza. - Foto: Agensi
Penembak tepat Israel menyasarkan pesakit di hospital terbesar Gaza. - Foto: Agensi
A
A
A

GENTING GAZA - Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pada Isnin mendakwa penembak tepat Israel bertindak zalim menembak pesakit di Hospital al-Shifa.

“Mereka menyerang pesakit yang cuba meninggalkan hospital tanpa perikemanusiaan. Beberapa daripadanya yang cedera terpaksa menjalani pembedahan. Situasi semakin teruk,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pasukan perubatan bersetuju untuk meninggalkan hospital itu hanya jika pesakit dipindahkan terlebih dahulu.

“Kami enggan meninggalkan pesakit. Terdapat 600 pesakit termasuk 37 bayi yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU). Kami mahu jaminan koridor selamat,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran operasi mereka di Gaza terpaksa dihentikan dalam tempoh 48 jam akibat kekurangan bekalan bahan api.

“Tiada penghantaran dibuat sejak 7 Oktober lalu,” kata Ketua UNRWA di Gaza, Thomas White menerusi platform X.

Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan kepungan haram secara menyeluruh yang dikenakan pada fasa awal konflik itu telah memburukkan lagi kesengsaraan di Gaza. - Agensi

Artikel Berkaitan: