Sila log masuk terlebih dahulu.

Kelantan hasilkan cuka daripada lambakan dokong, rambutan

14 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 14 NOVEMBER 2023

Kerajaan Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli berjaya menghasilkan cuka daripada rambutan dan dokong bagi mengatasi masalah lambakan buah-buahan tempatan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Idea itu tercetus selepas Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail mendengar keluhan penduduk kampung mengenai lambakan hasil setiap kali musim buah.

Pegawai Eksekutif Pengeluaran dan Kualiti PKPNK, Hannis Mohd Asri berkata, rasa cuka rambutan dan dokong itu sama sebagaimana yang dihasilkan daripada buah tin serta epal.

Lagi artikel menarik di https://www.sinarharian.com.my/terkini

Muzik: Dreams dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #Musim #PerbadananKemajuanPertanianNegeriKelantan #PKPNK