Sila log masuk terlebih dahulu.

Siti Bainun alami penurunan berat, tarik perhatian umum

14 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 14 NOVEMBER 2023

Susuk tubuh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang semakin kurus, menarik perhatian semua pihak yang hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, laporan wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun ini mencecah 150 kilogram ketika mula menjejakkan kaki ke tirai besi, 3 Mei lalu namun kini merosot kepada 90kg sahaja.

Dia yang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella telah mengalami penurunan berat badan sebanyak 60kg dalam masa enam bulan.

Dia yang memakai baju jubah merah jambu, dibawa ke mahkamah dengan diiringi anggota penjara, kelihatan tenang ketika disapa ahli keluarga dan rakan-rakannya yang memakai baju serba putih.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634395/berita/semasa/siti-bainun-alami-penurunan-berat-tarik-perhatian-umum

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #SitiBainun #Dera #pengasasRumahBonda #PenjaraKajang #remajasindromDown #Bella