MOSTI nafi lantik pihak ketiga, konsultan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menafikan dakwaan melantik pihak ketiga atau konsultan, untuk menyampaikan sebarang informasi dan hebahan mengenai skim dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) kementerian itu, kepada umum.

MOSTI dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, telah menerima pertanyaan berkaitan dengan kes penipuan berkaitan penganjuran Bengkel Bimbingan dan Fasilitasi Permohonan Geran Applied Innovation Fund (AIF) dan Sistem Dana Bersepadu.

Bengkel tersebut dikatakan boleh menjanjikan kelulusan pembiayaan AIF oleh kementerian itu, apabila menyertai bengkel yang mengenakan yuran sebanyak RM1,800.

Kenyataan MOSTI itu juga memaklumkan, kementerian itu tidak pernah menganjurkan sebarang bengkel yang menuntut pembayaran daripada orang awam.

Menurutnya kenyataan itu, kejayaan sesuatu permohonan pembiayaan dana R&D MOSTI, tertakluk kepada pematuhan kepada semua syarat dan kriteria yang ditetapkan, serta syor oleh panel pakar penilai yang dilantik.

MOSTI turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan hebahan yang menjanjikan perkara yang tidak tepat dan tidak munasabah, selain sentiasa menyemak maklumat terkini.

Sebarang maklumat berkaitan pembiayaan dana R&D MOSTI di platform Sistem Dana Bersepadu di pautan sdb.mosti.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!