Semua kedai roti di utara Gaza musnah

Tindakan Israel mengebom kedai roti di utara Gaza menambahkan lagi kesengsaraan penduduk. - AFP
Tindakan Israel mengebom kedai roti di utara Gaza menambahkan lagi kesengsaraan penduduk. - AFP
A
A
A

DEIR AL-BALAH - Sejak kitaran keganasan meletus 7 Oktober lalu, Israel telah membedil pelbagai sasaran di utara Genting Gaza.

Bukan sahaja hospital, sekolah dan kolam takungan air, malah tentera rejim Zionis turut menyasarkan kedai bakeri yang menjadi talian hayat kepada penduduk Palestin yang terputus bekalan air dan makanan.

Tindakan gila Israel itu menambahkan lagi keperitan penduduk Palestin yang sudah pun berdepan pelbagai krisis kemanusiaan.

Penduduk Gaza berbaris panjang di hadapan kedai roti yang musnah di kem Nuseirat kerana masih terdapat bekalan roti yang diagihkan kepada orang ramai. -AFP
Penduduk Gaza berbaris panjang di hadapan kedai roti yang musnah di kem Nuseirat kerana masih terdapat bekalan roti yang diagihkan kepada orang ramai. -AFP

Pada Rabu lalu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa semua kedai roti di Kota Gaza dan utara Gaza telah berhenti beroperasi kerana penyasaran sistematik selain kekurangan bahan api dan tepung.

Badan amal Oxfam yang berpangkalan di United Kingdom (UK) sebelum ini menuduh Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata perang terhadap orang awam di Gaza.

Seorang budak lelaki menemui sebungkus roti di bawah runtuhan sebuah kedai roti. - Agensi
Seorang budak lelaki menemui sebungkus roti di bawah runtuhan sebuah kedai roti. - Agensi

Tuduhan itu berasas apabila jet pejuang Israel menyerang satu-satunya kedai roti di kem al-Mughazi di tengah Gaza pada 25 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Serangan itu berlaku tidak lama selepas kedai roti tersebut menerima bekalan tepung daripada Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Seorang pekerja melihat bahagian dapur sebuah kedai roti yang dibedil roket Israel di utara Gaza. - Agensi
Seorang pekerja melihat bahagian dapur sebuah kedai roti yang dibedil roket Israel di utara Gaza. - Agensi

“Israel sengaja menyasarkan kedai roti ketika orang awam berbaris panjang semata-mata mahu menimbulkan jumlah korban yang besar.

“Inilah bukti pembunuhan sistematik Israel dan bukti ia berbohong kononnya serangan di Gaza hanya menyasarkan kedudukan pejuang Hamas,” kata Ketua Pejabat Media Kerajaan Hamas, Salama Marouf.

Seorang lelaki dan anaknya berjalan di hadapan kedai roti yang musnah di kawasan kejiranan Sheikh Radwan. - Agensi
Seorang lelaki dan anaknya berjalan di hadapan kedai roti yang musnah di kawasan kejiranan Sheikh Radwan. - Agensi

Seramai 10 maut dalam serangan tersebut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera.

Difahamkan, lebih 10 kedai roti musnah di utara Gaza akibat pengeboman membabi buta gila Israel sejak sebulan lalu. - Agensi

Israel sengaja menyasarkan kedai roti yang menjadi talian hayat terakhir penduduk Gaza yang terputus bekalan makanan. - Agensi
Israel sengaja menyasarkan kedai roti yang menjadi talian hayat terakhir penduduk Gaza yang terputus bekalan makanan. - Agensi

Kedai roti Sharq ditutup selepas rosak akibat dibedil. - Agensi
Kedai roti Sharq ditutup selepas rosak akibat dibedil. - Agensi