Sila log masuk terlebih dahulu.

Rumah penduduk di Taman Klebang Jaya terjejas akibat ribut 

09 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 9 NOVEMBER 2023

50 rumah mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut di Taman Klebang Jaya, Chemor, Perak pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Kejadian sekitar jam 2.30 petang itu juga mengakibatkan beberapa rumah mengalami kerosakan hingga tidak boleh diduduki.

Menurut penduduk, ketika kejadian ribut dan hujan lebat secara tiba-tiba membadai kediaman mereka hingga menerbangkan sebahagian bumbung rumah terlibat serta menyifatkan kejadian ribut itu antara terburuk pernah dialami mereka.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/633709/47-rumah-terjejas-akibat-ribut-di-Taman-Klebang-Jaya

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #Ribut #TamanKlebangJaya #Chemor #Perak