10 nelayan Indonesia tanpa dokumen ditahan

Dua buah bot nelayan asing ditahan kerana tidak mempunyai kebenaran untuk menangkap ikan di perairan negara.
Dua buah bot nelayan asing ditahan kerana tidak mempunyai kebenaran untuk menangkap ikan di perairan negara.
A
A
A

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua buah bot nelayan asing dari Indonesia di dua lokasi berbeza di sini pada petang Selasa.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim, S Nak Rong berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan pada kedudukan 32 hingga 38 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

Menurutnya, Kapal Maritim (KM) Burau telah mengesan sebuah bot sedang bergerak kira-kira jam 1.10 petang di dalam perairan Malaysia.

"Menyedari bot terbabit adalah bot nelayan asing, KM Burau berusaha untuk memberhentikan bot terbabit di kedudukan berkenaan.

Seramai 10 nelayan asing tanpa dokumen diri ditahan untuk tindakan lanjut.
Seramai 10 nelayan asing tanpa dokumen diri ditahan untuk tindakan lanjut.

"Hasil pemeriksaan awal pada bot pertama terdapat lima nelayan termasuk tekong warga Indonesia berusia lingkungan 33 hingga 46 tahun sedang mengendalikan bot terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, Maritim Pulau Pinang juga menahan sebuah lagi bot asing pada kedudukan 38 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada jam 3.15 petang.

"Pemeriksaan mendapati, lima nelayan Indonesia termasuk tekong berusia 33 hingga 46 tahun berada dalam bot berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua nelayan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan kedua-dua bot terbabit didapati memasuki perairan Malaysia bagi tujuan menangkap ikan," katanya.

Nak Rong berkata, kesemua nelayan asing itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di dalam perairan perikanan Malaysia tanpa permit dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

"Mereka juga disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit yang sah.

"Semua 10 nelayan asing itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Pulau Pinang malam tadi (Selasa) untuk tindakan lanjut," katanya.