Barcelona terkedu dijinakkan Shakhtar Donetsk

Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski (kiri) gagal meledak gol ketika tewas kepada Shakhtar Donetsk. - Foto AFP
Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski (kiri) gagal meledak gol ketika tewas kepada Shakhtar Donetsk. - Foto AFP
A
A
A

BARCELONA tewas 0-1 kepada Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara-Juara pada awal pagi Rabu sekali gus gagal mengesahkan tempat lebih awal ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Tandukan Danylo Sikan pada minit ke-40 memastikan Shakhtar memenangi perlawanan di Volksparkstadion dengan Barcelona gagal memberikan saingan.

“Kami dapat melihat bahawa kami berada dalam keadaan agak sukar dalam bola sepak, kami perlu bangkit semula.

"Kami bermain dengan teruk dan kami perlu mengakuinya," kata pengendali Barcelona, Xavi.

Dia berkata, pasukannya telah mensia-siakan peluang terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Selepas dua tahun tidak layak ke pusingan 16 terakhir, hari ini kami melepaskan peluang tersebut. Ia adalah saat yang tidak sesuai kerana banyak tekanan kepada kami.

"Saya fikir hari ini kami tidak boleh gagal dan malangnya, kami gagal," katanya.

Selepas dua musim berturut-turut terkandas di peringkat kumpulan, Barcelona melihat pertembungan ini sebagai peluang untuk mara lebih awal dengan baki dua perlawanan dalam Kumpulan H.

Artikel Berkaitan: