Kawasan rumah Ezad Lazim dinaiki air

Ezad berkongsi keadaan kawasan rumahnya di Kota Warisan, Sepang yang dinaiki air.
Ezad berkongsi keadaan kawasan rumahnya di Kota Warisan, Sepang yang dinaiki air.
A
A
A

PENYANYI Ezad Lazim terpaksa bergegas pulang ke rumahnya selepas selesai membuat persembahan di All Stars Gegar Vaganza (ASGV), awal pagi Isnin.

Kongsi Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim menerusi Instagramnya, jalan masuk ke kawasan perumahannya di Kota Warisan, Sepang sudah dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan.

"Sekarang pukul 2.20 pagi, bekalan elektrik sudah tiada, longkang sudah dipenuhi air, jalan nak masuk (jalan ke kawasan perumahan) tak boleh masuk.

"Sekarang tidak boleh masuk ke rumah dan sudah ada penghadang.

"Harap tidak terus banjir, kalau banjir lagi air mesti masuk rumah," ujarnya.

Tambah Ezad, 44, jalan masuk ke kawasan perumahannya juga sudah dikawal dan ditutup dengan penghadang bagi mengelakkan kenderaan cuba masuk.

Ezad Lazim terpaksa bergegas pulang ke rumahnya selepas selesai membuat persembahan di All Stars Gegar Vaganza (ASGV), awal pagi Isnin.
Ezad Lazim terpaksa bergegas pulang ke rumahnya selepas selesai membuat persembahan di All Stars Gegar Vaganza (ASGV), awal pagi Isnin.

Malah dia sendiri menumpang trak polis untuk hadir ke Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menjayakan konsert ASGV minggu ketujuh.

Artikel Berkaitan:

"Setiap kali musim hujan atau hujan lebat, pasti air di sini naik. Ini masalah yang selalu kami hadapi.

"Mudah-mudahan ada tindakan daripada pihak berkenaan untuk kawasan kami ini," katanya yang mendoakan mereka yang menghadapi musibah serupa diberikan ketabahan.

Sementara itu, Ezad tersingkir pada konsert ASGV minggu ketujuh yang berlangsung pada Ahad.

Persembahannya menerusi lagu Seksa nyanyian asal kumpulan Ukays gagal menambat hati juri dan mendapat markah terendah iaitu 58 peratus.