Sila log masuk terlebih dahulu.

Speaker tegur MP Bayan Baru sebut nama ahli Parlimen 'ponteng'

06 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 6 NOVEMBER 2023

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin memetik nama Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kerap tidak hadir ke Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan yang dibuat Tze Tzin itu menyebabkan Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim mencelah dengan menyatakan itu sangkaan jahat dan perlu ditarik semula.

Bagaimanapun Tze Tzin menarik balik kenyataannya selepas Speaker, Datuk Seri Johari Abdul memintanya berbuat demikian.

Ini berikutan isu pemotongan gaji dan elaun bulanan perlu dibuat terhadap ahli-ahli Parlimen yang gagal hadir secara penuh bagi sesi sidang Dewan Rakyat tanpa sebab-sebab kecemasan, kesihatan atau hal-hal mustahak.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen