Budak enam tahun maut dirempuh Toyota Estima

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tunku Fauziah untuk dibedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tunku Fauziah untuk dibedah siasat.
A
A
A

KANGAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut manakala bapa saudara dan sepupunya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima di Jalan Kangar- Alor Setar berhampiran stesen minyak Simpang Empat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian pada jam 5 petang itu berlaku ketika mangsa, Irfan Zahran Mohammad Yazid dalam perjalanan pulang ke rumah dari pusat tuisyen di Kampung Bunga Emas.

Menurutnya, siasatan mendapati ketika kejadian, Toyota Estima yang dipandu lelaki berusia 20 tahun itu dari arah Alor Setar secara tiba-tiba terbabas dan masuk ke arah bertentangan lalu merempuh mangsa.

"Akibat perlanggaran itu, satu tiang elektrik didapati patah namun kesemua empat penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, Irfan Zahran disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tunku Fauziah untuk dibedah siasat.

"Kemalangan itu turut mengakibatkan bapa saudaranya, Rosli Hussin, 43, putus jari kaki kanan dan cedera di kepala dan badan.

"Sementara sepupunya, Muhammad Muhaimin Rosli, 6, turut cedera di kepala dan badan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: