Sila log masuk terlebih dahulu.

Hiroshima di Gaza

03 November 2023 | SocMed Flash
A
A
A
Israel telah menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan bersamaan dengan dua bom nuklear di Semenanjung Gaza sejak tercetus perang Palestin-Israel pada 7 Oktober, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Khamis.

Menurut pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di Geneva itu, tentera Israel telah mengaku mengebom lebih 12,000 sasaran di Semenanjung Gaza.

Sebagai perbandingan bom nuklear yang dijatuhkan Amerika Syarikat pada akhir Perang Dunia Kedua 1945 dianggarkan kira-kira 15,000 tan bahan letupan.