Heroin drama Winter Sonata hamil pada usia 44 tahun

Choi Ji Woo dilaporkan hamil anak pertama pada usia 44 tahun.
Choi Ji Woo dilaporkan hamil anak pertama pada usia 44 tahun.
A
A
A

PEMINAT drama Korea Winter Sonata pasti gembira dan teruja apabila pelakon utamanya, Choi Ji Woo dilaporkan hamil anak pertama pada usia 44 tahun.

Menerusi laporan Soompi, sumber daripada agensi pelakon itu iaitu YG Entertaiment mendedahkan bahawa aktres tersebut kini sedang hamil dan dijangka bakal melahirkan bayinya pada musim bunga nanti.

Dalam satu kenyataan, agensi tersebut juga berkata bahawa Ji Woo gembira dengan perkara tersebut dan sedang fokus untuk menjaga kandungannya.

"Kami ingin menyampaikan khabar gembira. Aktress Choi Ji Woo bakal bergelar seorang ibu sekitar Mei tahun depan.

"Beliau bersyukur dengan anugerah yang diberikan Tuhan kepadanya, dan pada ketika ini pelakon itu sihat dan sedang fokus untuk menjaga kandungannya," lapor Soompi.

Ji Woo mendirikan rumah tangga pada 29 Mac bersama suami yang bukan dari golongan selebriti Korea.

Aktres jelita itu telah melibatkan diri dalam industri hiburan Korea sejak dari tahun 1994 dan mula menjadi terkenal selepas membintangi drama Winter Sonata dan Stairway to Heaven.

Artikel Berkaitan: