Lori 'makan jalan' punca nahas, seorang pelancong maut

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SEMPORNA - Sebuah bas persiaran yang membawa 15 pelancong warga China terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang pelancong lelaki berusia 56 tahun maut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan masing-masing datang dari arah bertentangan.

"Hasil siasatan mendapati lori jenis Isuzu datang dari arah Tawau menuju ke Semporna manakala bas persiaran yang membawa 15 pelancong warga China berusia antara 30 hingga 60-an datang dari arah Semporna menuju ke Lapangan Terbang Tawau.

"Lori yang dipandu datang dari arah bertentangan dan telah 'makan jalan' dan masuk ke lorong bas persiaran lalu berlanggar sehingga menyebabkan bas terbabit terbabas serta terbalik ke sebelah kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa yang maut telah dirujuk ke Hospital Semporna manakala penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu lori patah kaki sebelah kanan dan dirujuk ke Hospital Tawau," katanya.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang maklumat mengenai kes ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor A Hemkkumar di talian 012-3650021 atau 089-782020," katanya.