X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Ada harapan cerah buat PH, rakyat Malaysia: Wan Azizah

Wan Azizah
A
A

PUTRAJAYA - Hari Natal adalah musim harapan, kemaafan dan keamanan bagi penganut agama Kristian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sambutan Hari Natal juga adalah tentang harapan untuk membina hari esok yang lebih baik dan juga merupakan intipati Kerajaan Pakatan Harapan.

“Kerajaan baharu ini ditubuhkan untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk rakyat Malaysia. Satu pakatan dengan harapan untuk membawa negara kita ke arah kegemilangan.

"Jika ada yang merasa kedukaan pada masa sekarang, percayalah semakin pekat malam, semakin dekat hari nak siang. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk membina Malaysia baharu yang lebih baik," katanya dalam perutusan Hari Krismas yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pada tahun ini terus menikmati ketenteraman dan hidup secara harmoni serta mengajak semua untuk mengingati budi dan jasa yang ditaburkan oleh ibu bapa yang tidak terhitung nilainya.

"Perayaan Hari Natal sentiasa dikaitkan dengan keluarga, kasih sayang, kesyukuran, amalan memberi dan sikap maaf bermaafan buat mereka yang meraikannya," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata, seperti kebanyakan perayaan utama di negara ini, semangat kebersamaan ketara dengan rakyat Malaysia yang bukan beragama Kristian menantikan rumah terbuka rakan-rakan yang menyambut Hari Natal.

Dalam perutusan itu, Dr Wan Azizah juga memohon semua rakyat Malaysia supaya mengambil berat akan golongan miskin, uzur, terpinggir dan mereka yang memerlukan pertolongan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!