Salem Al-Dawsari pemain terbaik Asia

Salem al-Dawsari - Foto AFP
Salem al-Dawsari - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN sayap Arab Saudi, Salem Al-Dawsari dinobatkan sebagai pemain terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam satu majlis di Doha, Qatar pada Rabu.

Salem yang menjaringkan gol kemenangan Arab Saudi ketika mengecewakan Argentina pada Piala Dunia 2022, mengalahkan pemain Australia, Mathew Leckie dan Almoez Ali (Qatar) untuk bergelar pemain terbaik lelaki AFC tahun ini.

“Saya berterima kasih kepada ayah, ibu dan guru-guru dan isteri dan anak-anak saya. Terima kasih kepada rakan sepasukan, peminat dan keluarga yang banyak menyokongnya selama ini,” kata pemain yang menyarung jersi kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal.

Pada masa sama, Salem turut berterima kasih atas sokongan kerabat Diraja Arab Saudi dan tokoh politik serta mengucapkan tahniah kepada negara itu yang dijangka dipilih tuan rumah Piala Dunia 2034 selepas penarikan diri Australia.

Sementara itu, penyerang skuad wanita Australia, Samantha Kerr turut diumumkan pemain wanita terbaik Asia selepas pemenang edisi 2017 itu mengalahkan pemain China, Zhang Linyan dan Saki Kumagai (Jepun).

“Ini merupakan tahun yang paling menakjubkan untuk saya dan pasukan dan saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan, jurulatih saya, keluarga dan rakan saya,” kata pemain Chelsea dan penjaring gol terbanyak Australia sepanjang zaman ketika menerima anugerah itu dalam mesej video.

Artikel Berkaitan: