Sila log masuk terlebih dahulu.

Anak OKU tanggung ibu terlantar, abang hidap sawan 

01 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 1 NOVEMBER 2023

Seorang anak perempuan yang merupakan orang kurang upaya (OKU) memikul tanggungjawab besar apabila ibunya kini tidak mampu lagi mengurus diri selepas terjatuh dari bilik air, sejak sebulan lalu di Kampung Serting Ilir, Jempol, Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Siti Aisyah Chin, merupakan OKU masalah pendengaran dan pertuturan, bukan sahaja perlu menanggung ibunya yang juga mualaf Chen Yok Long, atau nenek Chin tetapi termasuk abangnya Hassan Hiew, yang menghidap sawan.

Menurut Hassan, disebabkan faktor usia dan penyakit yang dialaminya sejak sekian lama menyukarkan dirinya untuk mendapatkan pekerjaan, tambahan ibunya kini terlantar.

Aisyah merupakan harapan keluarga sekarang, bagaimanapun hampir setahun juga Aisyah tidak bekerja selepas kami mengambil keputusan untuk berpindah dari Seremban ke Bahau.

Mereka berpindah bagi memudahkan urusan mendalami ilmu agama Islam berikutan ada keluarga angkat yang juga merupakan mualaf di sini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo