Khemah KK Masjid Tanah rosak dipukul ribut

Keadaan khemah KK Masjid Tanah yang rosak selepas dilanda ribut.
Keadaan khemah KK Masjid Tanah yang rosak selepas dilanda ribut.
A
A
A

ALOR GAJAH - Empat khemah putih yang diletakkan di hadapan Klinik Kesihatan (KK) Masjid Tanah mengalami kerosakan teruk dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat pada petang Selasa.

Difahamkan ketika kejadian jam 4 petang itu terdapat kakitangan klinik termasuk jururawat dan orang awam berada dalam bangunan tersebut.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Ermieyati Samsudin berkata, beliau terkejut dengan kejadian yang berlaku berdekatan dengan pejabat Parlimen Masjid Tanah.

Sebahagian kakitangan KK Masjid Tanah sedang menyelamatkan barang-barang yang masih boleh digunakan.
Sebahagian kakitangan KK Masjid Tanah sedang menyelamatkan barang-barang yang masih boleh digunakan.

Menurutnya, meskipun bencana itu telah menyebabkan beberapa fasiliti dan harta benda klinik musnah, namun beliau bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kejadian hujan dan ribut petang tadi memusnahkan beberapa khemah dan juga harta benda di Klinik Kesihatan Masjid Tanah.

"Syukur tiada kemalangan jiwa dan semoga dipermudahkan urusan, " katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Pada Sabtu lalu Sinar Harian melaporkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah Batu Berendam mengalami kerosakan bumbung yang mencecah baik pulih sebanyak RM3juta akibat ribut melanda.

Artikel Berkaitan: