'Ambil syabu saja-saja, rasa kuat sikit bawa treler'

Pemandu treler (duduk, tengah) antara empat yang ditahan kerana disyaki di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine.
Pemandu treler (duduk, tengah) antara empat yang ditahan kerana disyaki di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine.
A
A
A

JITRA - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan seorang pemandu treler yang dipercayai mengambil dadah dalam operasi bersepadu, Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial di Plaza Tol Jitra, di sini pada malam Isnin.

Operasi yang diketuai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan lelaki bujang tersebut semasa melalui Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pada jam 9.30 malam.

Lelaki berusia 30-an itu mendakwa dirinya tidak lalok dan mampu memandu sehingga ke Pulau Pinang.

“Saya ambil (syabu) saja-saja. Rasa kuat sikit bawa treler dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Pinang," ujar lelaki itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, pemandu treler itu antara empat individu ditahan selepas didapati positif methamphetamine atau syabu.

Menurutnya, JPJ memandang serius dan tidak berkompromi dengan pengguna jalan raya yang masih melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh kerajaan.

"Dalam operasi ini kita berjaya menahan empat pemandu kerana disyaki di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine.

"Kalau mereka ini dibenarkan berada di jalan raya, bagaimana risiko yang perlu ditanggung pengguna jalan raya lain, tetapi dengan bantuan AADK, mereka yang menggunakan bahan terlarang ini berjaya ditahan," katanya pada sidang akhbar pada malam Isnin.

Artikel Berkaitan: