Sila log masuk terlebih dahulu.

Mahkamah Syariah keluar waran tangkap terhadap bekas ADUN

30 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 30 OKTOBER 2023

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang kerana gagal hadir ke mahkamah untuk pengesahan nikahnya bersama bekas isteri kedua yang dilangsungkan pada 27 Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim Ruzita Ramli mengeluarkan arahan berkenaan selepas ketidakhadiran Noor Azmi Yusof pada prosiding bersama bekas isterinya Norhaya Rahmat.

Pada prosiding tersebut, Norhaya yang tidak diwakili peguam memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia sudah menghubungi Noor Azmi beberapa kali tetapi tidak dijawab selain hanya mengetahui alamat pejabatnya di Jelebu.

Ujarnya, mereka kini bukan lagi suami isteri selepas diceraikan oleh Noor Azmi melalui WhatsApp pada 17 Ogos lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/632139/berita/semasa/mahkamah-syariah-keluar-waran-tangkap-terhadap-bekas-adun

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo