Sila log masuk terlebih dahulu.

'Hampir setiap hari ada jenazah perlu diuruskan'

29 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 29 OKTOBER 2023

Menguruskan perkhidmatan van jenazah percuma bukanlah suatu perkara mudah kerana memerlukan pengorbanan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Pengorbanan itu pula bukanlah sekadar wang ringgit dan keringat tetapi juga melibatkan masa kerana kematian yang tidak mengenal erti waktu memerlukan pengendalinya sentiasa bersedia pada bila-bila masa.

Disebabkan itulah pengasas SkuadAmal Rembau, Ibrahim Hamzah, yang menyediakan perkhidmatan berkenaan sejak tiga tahun lalu tidak senang duduk kerana bimbang jika ada waris atau mana-mana pihak yang memerlukan khidmatnya.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Memorise dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo