Suspek cabul budak 9 tahun di tandas surau direman

Suspek cabul kanak-kanak sembilan tahun ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan.
Suspek cabul kanak-kanak sembilan tahun ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Suspek kes cabul kanak-kanak sembilan tahun direman enam hari di Mahkamah Sungai Petani bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz kira-kira jam 10 pagi tadi ke atas kelindan lori berusia 31 tahun itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, suspek telah menyerah diri ke Balai Polis Bedong pada jam 3 petang Isnin lalu dan mengaku telah melakukan jenayah cabul yang tular di media sosial.

Menurutnya, sebelum ini pihak polis telah melakukan dua serbuan ke atas rumah suspek di Kampung Haji Ngah, Bedong tetapi suspek tiada di rumah dipercayai melarikan diri sejak tersebar video perlakuannya.

"Polis telah merampas sehelai baju biru gelap bertulis 'KELUARGA' yang dipercayai dipakai ketika kejadian,"katanya.

Dalam kejadian 13 Disember lalu, kira-kira 6.30 petang, mangsa seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun telah memaklumkan dicabul seorang lelaki tidak dikenali semasa bermain di sebuah taman permainan dekat surau di Ambangan Heights Sungai Petani.

Suspek bertindak memanggil mangsa masuk ke dalam tandas surau sebelum memeluk dan mencabul mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

ARTIKEL BERKAITAN Budak 9 tahun dicabul di tandas surau

Artikel Berkaitan: