Tze Yong akur kehebatan Shi Feng

Tze Yong. - Foto Agensi
Tze Yong. - Foto Agensi
A
A
A

[DIKEMAS KINI] CABARAN pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dalam kejuaraan Terbuka Perancis tersekat di separuh akhir apabila tewas kepada bintang China, Li Shi Feng pada Ahad.

Tze Yong terpaksa akur dengan pengalaman pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 itu apabila tewas straight set 17-21, 12-21 dalam aksi 47 minit di Glaz Arena, Rennes.

Keputusan itu juga melebarkan rekod kemenangan pemain nombor lima dunia itu kepada empat ke atas bintang muda negara yang berstatus 18 dunia dalam lima pertemuan.

Pencapaian di kejuaraan Super 750 itu juga menyaksikan Tze Yong gagal meneruskan momentum mara perlawanan akhir seperti di Terbuka Artik pada 15 Oktober lalu.

"Saya gementar apabila berusaha mendapatkan mata dengan mudah menyebabkan cuba melakukan pukulan yang sempurna.

"Set kedua pula saya tidak fikir banyak apabila cuba untuk tidak melakukan banyak kesilapan mudah.

"Saya tidak mempunyai banyak masa. Saya perlu berehat dan mungkin berjuang lagi di Terbuka Hylo minggu depan," kata Tze Yong.

Pencapaian di kejuaraan Super 750 itu juga menyaksikan Tze Yong gagal meneruskan momentum mara perlawanan akhir seperti di Terbuka Artik pada 15 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Tze Yong muncul naib juara di Finland selepas tewas kepada pemain nombor 14 dunia yang juga pemain negara, Lee Zii Jia, 14-21, 15-21 dalam masa 39 minit.