McDonald’s semarakkan konsep insaniah

Main peranan dalam pembangunan ummah

A
A
A

McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

SHAH ALAM - Menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza, McDonald’s Malaysia tampil menyalurkan sumbangan dana berjumlah RM1 juta.

Sumbangan yang disalurkan kepada Dana Kemanusiaan Palestin di bawah Jabatan Perdana Menteri itu sekali gus membuktikan komitmen syarikat itu yang sentiasa membantu kebajikan golongan yang memerlukan tidak kira sama ada di dalam mahu pun di luar negara.

Penyaluran sumbangan itu adalah selari dengan hasrat murni Kerajaan Perpaduan seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

Usaha McDonald’s Malaysia menyantuni masyarakat yang memerlukan bukanlah satu perkara baharu. Sebaliknya, syarikat itu secara berterusan telah melaksanakan pelbagai program kebajikan selain menyediakan peluang-peluang pembangunan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Peluang yang disediakan McDonald’s Malaysia itu antara lain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang mana syarikat tersebut merancang membuka 500 buah restoran menjelang tahun 2026.

Rancangan pembukaan restoran itu bakal mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia tempatan.

Artikel Berkaitan:

Malah, komitmen McDonald’s Malaysia itu turut melibatkan pelaksanaan pembangunan bakat belia tempatan menerusi tawaran 10,000 perantis di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

“Kami akan meneruskan usaha untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat serta kepada komuniti tempatan di mana kami beroperasi,” jelas McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Kewajipan zakat

McDonald’s Malaysia menyedari kepentingan menunaikan kewajipan zakat perniagaan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.
McDonald’s Malaysia menyedari kepentingan menunaikan kewajipan zakat perniagaan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.



Komitmen McDonald’s Malaysia itu dilihat turut diperluaskan terhadap pembangunan umat Islam di negara ini.

Sebagai sebuah syarikat yang seratus peratus dimiliki oleh orang Islam menerusi pemilikan Lionhorn Pte Ltd di bawah Kumpulan REZA yang beroperasi di Arab Saudi, McDonald’s Malaysia sentiasa melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat perniagaan menerusi institusi-institusi pengurusan zakat di 14 buah negeri di Malaysia.

Sejak tahun 2017, McDonald’s Malaysia telah menunaikan lebih RM12 juta bayaran zakat kepada agensi-agensi pengurus zakat di seluruh negara untuk manfaat pembangunan umat Islam di negara ini.

Malah, McDonald’s Malaysia turut memperluaskan konsep “insaniah” (kemanusiaan) dalam falsafah operasinya menerusi perkongsian kegembiraan bersama golongan yang memerlukan.

Perkongsian itu jelas dilihat melalui pelaksanaan Program Bulan Komuniti McDonald’s yang diadakan sepanjang bulan Oktober pada setiap tahun.

Program Bulan Komuniti McDonald’s merangkumi penglibatan golongan kanak-kanak yang kurang berkemampuan, antaranya anak-anak yatim, dengan pengisian pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada golongan itu.

Usaha murni tersebut pernah ditegaskan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, yang mana Bulan Komuniti McDonald’s merupakan salah satu inisiatif syarikat berkenaan untuk menyantuni golongan yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Malah, pada tahun ini sahaja, McDonald’s Malaysia meraikan hari jadi kepada 12,000 anak yatim dari 400 buah rumah kebajikan terpilih di seluruh Malaysia melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000.

Tiada noktah santuni masyarakat

Para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) bergambar beramai-ramai sambil memperlihatkan Kotak Rezeki sempena program Misi Moreh Mekdi di Shah Alam pada April tahun ini.
Para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) bergambar beramai-ramai sambil memperlihatkan Kotak Rezeki sempena program Misi Moreh Mekdi di Shah Alam pada April tahun ini.



Usaha McDonald’s Malaysia menyantuni masyarakat tidak pernah ada noktahnya apabila syarikat itu sentiasa tampil mengambil penghayatan bulan Ramadan dengan mengadakan Misi Moreh Mekdi melibatkan 300 masjid dan surau di seluruh negara pada April tahun ini.

Malah, inisiatif itu turut dilebarkan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara melibatkan 12,000 orang pelajar termasuk golongan asnaf dan OKU.

Untuk rekod, Misi Moreh Mekdi merupakan program tahunan McDonald’s Malaysia yang dilaksanakan sejak tahun 2019.

Secara keseluruhannya, McDonalds’s Malaysia yang merupakan syarikat yang sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat dalam menjalankan operasi perniagaannya.

Oleh yang demikian, melihat daripada komitmen McDonald’s Malaysia itu, maka pujian dan sokongan harus diberikan ke atas syarikat berkenaan yang bertungkus-lumus memastikan kesejahteraan masyarakat dapat diperluaskan kepada golongan sasar.