'Lawatan menentusah bagi pastikan status syarikat Bumiputera'

Ahmad
Ahmad
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) telah menetapkan supaya lawatan menentusah dilaksanakan bagi memastikan sama ada syarikat benar-benar layak diberi status Bumiputera, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau menegaskan, ini penting dan tidak tertakluk kepada aspek dokumentasi sahaja dalam memastikan kesahihan status syarikat-syarikat berkenaan.

Syarikat terbabit juga, katanya, perlu memenuhi kriteria ditetapkan oleh kementerian itu sebelum penarafan syarikat Bumiputera diberi kepada syarikat yang berdaftar bagi mengawal dan seterusnya menyokong Dasar Keutamaan Kepada Syarikat Bumiputera.

"Sebagai makluman bagi tempoh sehingga 30 September 2023, sebanyak 108,870 syarikat telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

"Ini termasuk 57,316 syarikat berstatus milikan tunggal yang mana 27,335 atau 48 peratus daripadanya mendapat taraf Bumiputera," katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Artikel Berkaitan:


Ahmad juga menegaskan bahawa Kementerian Kewangan komited dalam mempermudah urusan pendaftaran syarikat yang selaras dengan prinsip-prinsip perolehan kerajaan iaitu akauntabiliti awam, ketelusan, nilai faedah terbaik, persaingan adil dan saksama. - Bernama