Sila log masuk terlebih dahulu.

30 juzuk al-Quran dalam kepala

26 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 26 OKTOBER 2023

Meskipun menghidap autisme, seorang remaja berusia 13 tahun dikurniakan keistimewaan luar biasa apabila mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 18 bulan, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Kemampuan Yusof membuktikan kekurangan diri bukanlah penghalang untuknya mencipta kejayaan, sekali gus menjadi anak kebanggaan pasangan Mohamad Kamal Pakhrul Hisham Ismail dan Fazura Mohd Noor.

Menurut Fazura, dia tidak pernah meletak harapan tinggi terhadap Yusof kerana menyedari kekurangannya apabila disahkan menghidap autisme ketika berusia dua tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/631457/edisi/melaka-ns/30-juzuk-al-quran-dalam-kepala?fbclid=IwAR3AZ6vmz3PatAH7fDBHBnD2TGs0adD5QHPbFReIpeoh_9XeGfI4vq0SNPs

Muzik: November dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo