Sila log masuk terlebih dahulu.

Jenazah di Gaza terpaksa dikebumi dalam keadaan menyayat hati

25 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Jenazah di Gaza terpaksa dikebumi dalam keadaan menyayat hati

BERITA MOJO 25 OKTOBER 2023

Jumlah kematian yang meningkat setiap hari di Gaza akibat kekejaman Zionis menyebabkan ruang tanah perkuburan semakin terhad dan jenazah terpaksa dikebumikan dalam keadaan menyayat hati, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, serangan ke atas bumi Gaza menyebabkan ratusan orang terkorban setiap hari dan digambarkan seolah-olah sebagai neraka dunia.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia terpaksa dikebumikan di perkuburan massal yang terisi jenazah lebih dari satu yang tidak dikenali.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/631386/berita/nasional/mangsa-korban-di-gaza-dikebumi-dalam-keadaan-menyayat-hati---mapim

Muzik: November dari www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian