Bersukan sambil bersolidariti kepada Palestin

Kelab Kebajikan Bahagian Pengurusan (KKBS) Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZII) mengadakan sambutan Hari Sukan Negara sambil bersolidariti kepada rakyat Palestin dengan melancarkan kutipan derma.

A
A
A

KOTA BHARU - Kelab Kebajikan Bahagian Pengurusan (KKBS) Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZII) mengadakan sambutan Hari Sukan Negara sambil bersolidariti kepada rakyat Palestin dengan melancarkan kutipan derma.

Pengerusinya, Norma Ya’cub berkata, kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin ketika ini memberikan kesan kepada umat Islam dan masyarakat dunia secara keseluruhan.

"Penderitaan yang dialami di sana cukup memberi kesedaran kepada kami yang hidup tenang, aman damai di sini.

"Sebagai tanda sokongan, kami mengumpulkan sedikit sumbangan bagi membantu saudara kita yang sedang ditindas ketika ini. Walaupun tidak banyak tetapi membuktikan kami sayang dan prihatin terhadap nasib rakyat di Palestin," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

KKBS cuba menampilkan kelainan pada sambutan Hari Sukan Negara kali ini dengan menjadikan sukan rakyat sebagai pilihan utama.
KKBS cuba menampilkan kelainan pada sambutan Hari Sukan Negara kali ini dengan menjadikan sukan rakyat sebagai pilihan utama.

Dalam perkembangan sama, Norma memberitahu, pihak KKBS cuba menampilkan kelainan pada sambutan Hari Sukan Negara kali ini dengan menjadikan sukan rakyat sebagai pilihan utama.

Ujarnya, antara permainan yang dipertandingkan ialah congkak, cokeh lidi, tuju getah, lompat tali, batu seremban dan banyak lagi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, selain mengimbau kembali kenangan lama ia juga dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan kakitangan HRPZ II," katanya.

Artikel Berkaitan:

KKBS manzahirkan sokongan kepada Palestin sambil menjayakan Hari Sukan Negara.
KKBS manzahirkan sokongan kepada Palestin sambil menjayakan Hari Sukan Negara.

Norma berkata, lebih menarik kesemua peserta berpakaian tradisional sepanjang menjayakan sukan itu.